Cari

Ahlan Wasahlan



Get ISLAMIC-Graphics

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kehidupanku ; Jaulah Makam Auliya’ Sekitar Kaherah

            Alhamdulillah, pada 17 Oktober 2010(Ikhwah) dan 19 Oktober 2010 (Akhwat) yang lalu telah diadakan program Jaulah Makam Auliya’ di sekitar Kaherah di bawah anjuran Unit Dakwah & Tarbiah BKPJM. Dalam kesempatan yang ada penulis dapat mengikuti program yang dianjurkan tersebut bersama-sama dengan para mahasiswa baru BKPJM yang masih dalam proses mengenali bumi Mesir ini. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi tersebut didahului dengan taklimat berkenaan adab-adab sepanjang menziarahi makam.  Jaulah yang memakan masa hampir setengah hari tersebut menemukan dengan lebih 20 makam dan masjid-masjid yang bersejarah di Ardul Kinanah ini. Antara lokasi yang sempat diziarahi sepanjang program ialah: 


1.      1. Makam Syeikh Salleh Jaafari
Nama              : سيدي الشيخ صالح الجعفري رضي الله عنه
: Sidi Syeikh Salleh Al-Jaafari
Biografi          : Sidi Syeikh Salleh Al-Jaafari merupakan seorang alim azhari. Beliau  merupakan Imam Jami’ Azhar dan syeikh bagi tarikat Jaafariah.


2


2.2.  Ibn Hisham
Nama              : سيدي ابو محمد عبدالله جمال الدين بن هشام الكناسي الأحمدي
: Sidi Abu Muhammad Abdullah Jamaluddin Bin Hisham Al Kanasi Al Ahmadi
Biografi          : Sidi Abu Muhammad Abdullah Jamaluddin Bin Hisham Al Kanasi Al Ahmadi merupakan seorang alim dalam ilmu Islam dan mengarang beberapa kitab. Antara kitab yang dikarang ialah kitab ilmu nahu أوضح المسالك yang juga merupakan kitab bagi pelajar-pelajar Kuliah Bahasa Arab Universiti Al Azhar. Wafat pada tahun 761H.



3.      3. Imam As Sya’rani
Nama              : الإمام الشيخ عبد الوهاب الشعراني
: Al Imam As Syeikh Abdul Wahab As Sya’rani
Biografi          : Al Imam As Syeikh Abdul Wahab As Sya’rani dilahirkan pada tahun 898 H/1493 M. Beliau dilahirkan ketika kejatuhan kerajaa mamalik dan ketika penguasaan Mesir ke atas Turki. Beliau merupakan ulama tasawwuf yang agung. Beliau menulis lebih daripada 60 kitab tasawwuf. Kitab beliau yang terkenal ialah اللطائف المنان. Beliau merupakan seorang ulama’ yang sangat wara’ dan sangat berlapang dada walaupun terhadap musuhnya. Beliau juga seorang yang tidak suka berlama-lama ketika menziarah.
Karamah        : Antara karamah Al Imam As Syeikh Abdul Wahab As Sya’rani ialah beliau pernah diselamatkan oleh seekor buaya ketika hampir tenggelam ke dalam sungai Nil. Ketika menjamu para tetamu, makanan bertambah berganda-ganda serta-merta. Beliau juga dapat mendengar binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan berzikir.




4.      4. Makam Sultan Hanafi dan menantu
Nama              : مسجد الحنفي
: Di masjid ini terdapat 2 makam iaitu makam Sultan Hanafi dan menantunya. Di sini juga terdapat telaga zam-zam.
Biografi          : Sultan Hanafi merupakan seorang sultan yang sangat pemurah. Diceritakan pada suatu ketika beliau pergi ke Mekah dan isterinya sangat menginginkan air zam-zam. Sekepulangannya ke mesir, beliau membawa air zam-zam tersebut dan rakyatnya meminta air zam-zam tersebut dan air zam-zam tersebut telah dibahagikan sehingga habis tanpa ada bahagian untuk isterinya. Untuk tidak mengecewakan isterinya, beliau telah pergi ke belakang rumah dan menggali telaga dengan berdoa kepada Allah agar dikeluarkan air zam-zam di tmpt yang digalinya. Maka dengan izin Allah keluarlah air zam-zam tersebut daripada telaga yang digalinya.
 
Setakat ini dahulu catatan pada kali ini. Kepada sesiapa yang membaca diharap dapat membuat rujukan bagi mengelakkan khilaf. Jika terdapat kesilapan diharap diperbetul dengan menghubungi penulis. Moga catatan ini mendapat manfaat bagi semua pihak.



3 ulasan: